Thursday 5 January 2012

MyKad bercirikan keselamatan tinggi yang baru..???


Orang ramai diminta tidak berpusu-pusu tukar MyKad


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai supaya tidak
berpusu-pusu ke pejabat cawangan JPN untuk menukar MyKad mereka kepada MyKad
struktur baru bagi mengelak kesesakan di kaunternya.
Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said berkata kesesakan di kaunter-kaunter
itu dikhuatiri akan memberi kesan terhadap usaha menyiapkan MyKad dalam tempoh sehari.
Beliau berkata penukaran kepada MyKad struktur baru bukanlah sesuatu yang diwajibkan,
dan ia merupakan perkhidmatan yang berpanjangan tanpa tarikh akhir yang khusus.

"Sepanjang tempoh Selasa dan semalam, Cawangan JPN Putrajaya menerima
2,984 permohonan untuk menukar kepada MyKad struktur baru, manakala c
awangan Shah Alam 1,579 permohonan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.


Jumaat lepas JPN mengumumkan pengenalan MyKad struktur baru yang mempunyai
ciri-ciri keselamatan terkini itu, yang boleh mula dipohon dari dua cawangan tersebut
mulai Selasa, sebelum mula dikeluarkan di cawangan JPN seluruh negara secara
berperingkat  minggu depan.

Akhbar tempatan semalam menyiarkan berita mengenai keghairahan orang ramai
untuk menukar MyKad mereka, sehingga ada yang tiba di pejabat JPN berkenaan
awal pagi, lama sebelum pejabat dibuka. - Bernama

No comments:

Post a Comment