Bintang Chelsea lancar pemberontakan ke atas Villas-Boas
2012/01/03
LONDON: Bintang Chelsea kini melancarkan pemberontakan terbuka ke atas pengurusan Andre Villas-Boas. Mereka percaya pengendali The Blues itu tidak cekap dalam menentukan taktik permainan dan gagal mengendalikan pemain Liga Perdana.
Pemain sebaliknya bertindak menganjurkan parti makan tengah hari bersama pemain Perancis itu Jumaat lalu.
Sumber dalaman Chelsea berkata: "Pemain menganggap tindakan tidak membenarkan Nico daripada menghadiri parti itu tidak wajar.
"AVB gagal mengawal pemain dan ia bertambah buruk kerana beberapa pemain mahu meninggalkan pasukan sekarang.”
Anelka akan menyertai kelab China Shanghai Shenhua bulan ini. Pemain Chelsea meraikannya di sebuah restoran Cina, China Tang. - Agensi
No comments:
Post a Comment