Monday 9 January 2012

Lagi Keldai Dadah ditahan ....???

Lelaki ditahan bersama syabu bernilai RM2.88j di LTAPP



BUTTERWORTH: Seorang lelaki rakyat tempatan ditahan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
 Pulau Pinang merampas 11.55 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.88 juta di Lapangan Terbang
 Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini malam tadi.
Pengarah JKDM Pulau Pinang Datuk Zulkifli Yahya berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pada jam
 10.30 malam selepas pegawai kastam dari Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) mengesan
imej yang meragukan dalam bagasi miliknya.
"Lelaki itu baru tiba di balai ketibaan LTAPP dari Guang Zhou, China dan pemeriksaan rapi oleh
 pegawai kastam dari cawangan Penguatkuasaan Narkotik menemui lima kotak dalam bagasinya.

"Setiap kotak itu mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu, kesemuanya
seberat 11.55 kilogram dan bernilai RM2.88 juta," katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan
 JKDM Pulau Pinang di Bagan Jermal, di sini hari ini.



Beliau berkata menurut rekod perjalanan, lelaki terbabit beberapa kali pergi ke China dan pihaknya
 tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah.

Zulkifli berkata lelaki itu kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut
 Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

No comments:

Post a Comment