Sunday 8 January 2012

Apa sudah jadi...???? Lagi wartawan dibunuh..


Wartawan akhbar Mexico mati ditembak




MONTERREY: Seorang wartawan Mexico ditembak mati lelaki tidak dikenali di utara bandar Monterrey,
 kata pihak berkuasa semalam.
Kematian Raul Quirino Garza itu menjadikan dia petugas media pertama dibunuh di negara itu pada
 tahun ini.

Garza, 30, bertugas untuk akhbar tempatan The Last Word dan diserang ketika memandu di kawasan
 Cadereyta.

Menurut sumber, polis menemui 15 kelongsong peluru dari senjata berkeupayaan tinggi di tempat kejadian.

“Paramedik cuba memberikan bantuan kecemasan tetapi Garza gagal diselamatkan,” katanya.

Seramai 103 petugas media dibunuh sepanjang tahun lalu, menjadikan ia jumlah kedua tertinggi
selepas 110 maut ketika bertugas pada 2009.



Di Mexico pula, 12,000 orang mati dibunuh pada 2011 akibat keganasan berpunca daripada aktiviti
 perdagangan dadah.

Berdasarkan rekod, 50,000 maut dibunuh di negara itu sejak Presiden Felipe Calderon
melancarkan operasi memerangi kartel dadah pada 2006.

Sehingga kini, kartel dadah Mexico dipertanggungjawabkan atas kematian berkenaan. - AFP

No comments:

Post a Comment