Sunday 8 January 2012

Saiful Bukhari Redha...????


Saiful redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi


KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful
 Bukhari Azlan redha

dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang
 itu tidak bersalah

terhadap dakwaan tersebut.Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus
tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa,
 istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.


Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin
berkata tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh
bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi mensabitkan Anwar.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantunya di Kondominium
 Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan
 4.30 petang 26 Jun 2008. - Bernama

No comments:

Post a Comment